Jumaat, 27 Januari 2017

Percutian ke Langkawi Part 2

Day 3

Aktiviti hari ketiga Mangrove Tour. Kami ambil full package include makan tengahari di restoran terapung. Harga Rm90.  Mengambil masa lebih kurang 6 jam nak abiskan package ni. Tempat yang dilawati:

  • Bat Cave
  • Kilim Geoforest Park
  • Mangrove Sightseeing
  • Eagle Watching
  • Floating Fish Farm
  • Round small island
  • Swimming Tanjung Rhu Beach
  • Monkey Watching
  • Crocodile Cave

Tour giude kami. Sangat peramah dan peneragan yang sangat baik. 5 star. Tip top


Melawat sekitar gua kelawar



Geng gigi kapak. ehhehhh mamat korea pon nak selit gak..



 Gua Buaya


Tengok helang makan


Pulau Anak Tikus (Fossil island). 


Pantai Tanjung Rhu. View yang sangat-sangat cantik. Singgah sini mandi manda. Tengok kat belakang tu ade dua muka la.


Pulau yang menyerupai kasut.



Melawat kawan-kawan yang tertinggal di sini. hehehe

Selesainya aktiviti mangrove kami rest sekejap untuk agenda seterusnya iaitu shopping. Masa yang ditunggu2.


shopping complex Haji Ismail. Time to borong chocolate..Pesanan: sila bawak extra duit kalau ke sini. Rambang mata kalau boleh semua chocolate nak beli


Sempat lagi beli beg. hehehe.. biasa la perempuan kalau tak borong sakan tak sah.

Day 4

Masa untuk pulang. Tamat sudah vacation kami. Sebelom pergi airport kami singgah sarapan pekena roti canai black paper. Isi perut dulu baru hati girang. Di sebabkan flight kami awal so tak dapat nak buat aktiviti lain.




Tamat sudah  cerita aku di Langkawi. Target nak datang sini bawak family pulak.

Sabtu, 14 Januari 2017

Percutian ke Langkawi Part 1

hai semua

Kali ni just nak share pengalaman aku bercuti dengan officemate. Kami spend time kt sana  4 hari 3 malam. All of us having fun and have a great vacation. Hopefully pengalaman kami ni mungkin dapat beri idea kt korang yang merancang nak bercuti di Langkawi.

Day 1


Muka excited. Dalam flight Firefly Airline. Tiket flight pergi balik RM98.


Setibanya kami di Langkawi lebih kurang pukul 3.00pm.


Kereta sewa kami. Sekali skala merasa kereta mewah. Time deal ngn brother tu kereta viva je. Tapi last minit dapat kereta ni. Reason kereta viva takde time tu. Happy sebab harga sama dengan viva. Sehari RM 50.


Penginapan kami. Check in dulu. Rm 154 semalam tuk 4 orang.

 Nasi Goreng Sotong


Nasi Goreng Kampung

Makanan tengahari kami. Tak sempat fikir panjang order pe yang ada. Masing-masing lapar.


Usha - usha pakej untuk aktivity hari ketiga. Masing-masing fokus dengar penerangan abang tu.


Lepak kat Pantai Cenang tengok matahari terbenam. Benda wajib bergambar berlatar belakangkan LANGKAWI.

Cantiknya ciptaan Allah



Walaupon dah lewat petang still ramai orang.


Day 2

First place Langkawi Cable Car. Tiket kami beli secara online. Tak payah dah nak berasak-asak nagn orang lain. Nak lagi terperinci leh tengok di http://www.panoramalangkawi.com/. Macam2 pakej ada. Pakej yang kami ambil Skycab+ Skydome+ Skyrex+ 3D art RM 57.


Pintu gerbang cable car.




key lock pon ada kat sini




Sky bridge. Yang ni tak include dalam pakej. Kalau nak berjalan atas ni kena buat bayaran di kaunter. De dua cara nak ke situ fisrt naik sky glide ataupun melalui jungle trail.


We choose jungle trail. Bayaran yang lebih murah dan dapat merasa ala-ala hiking. Rm 5



Pemandangan dari atas.


3D art. Favourite picture. Kali yang keberapa tah baru jadi.



Thanks kak yang tak tahu nama ambil gambar kami. Gambar last di cable car. Love them.


Sebelum balik singgah di Telaga Harbour. 


Tempat wajib pergi Dataran Lang. Walaupun dah malam tapi ramai orang.



Last tuk hari kedua. Pekena laksa.


To be continue...

Rabu, 12 Oktober 2016

free boost juice

What's your name game sudah kembali. Boost Malaysia telah open register nama di link http://whatsyournamegame.boostjuicebars.com.my/ untuk berpeluang mendapat free boost juice. So tahun ni aku tak lepaskan peluang untuk register semula. Tahun lepas tinggal harapan. Harap tahun ni ada peluang. Kepada kamu-kamu semua jom register nama mungkin nama korang akan terpilih. Sapa tahu kan...

 from their news



Yang bernama Ilias, Michelle & Chuan boleh redeem ari ni 12/10/2016. Just tunjukkan ic di store berdekatan. Serbu jangan tak serbu

Alangkah bahagia nya mana aku dipilih mesti kat semua store berdekatan aku gi.heheheh

hope tomorrow is your luck..

Rabu, 5 Oktober 2016

Semak status kebankrapan secara online di web MYEG

MYEG adalah salah satu syarikat yang menyediakan aplikasi dan servis semakan status kebankrapan selain saman JPJ atau PDRM. so kepada individu yang ingin tahu status bankrupt atau tidak dan malas ke kaunter, di sini saya tunjukkan step untuk buat secara online.


masuk ke laman web https://www.myeg.com.my/

myEG

sebelum menggunakan perkhidmatan ini, perlu daftar dulu. klik sign up dan isikan maklumat yang diminta. selepas selesai, key in user id/name dan password di kotak login.




pilih Jabatan Insolvensi Malaysia


klik bankcruptcy status enquiry (individu)


isikan nama dan alamat. untuk collection method pilih online search result only. bayaran akan dikenakan sebanyak RM 12.12. selepas semua detail telah diisi klik proceed.


isikan nama penuh dan no ic dan klik proceed


pastikan nama dan ic adalah betul dan klik confirm.


pilih bayaran secara other payment option


pilih samaada ingin bayar secara credit card atau online banking. saya suggest online banking


klik fpx internet banking


pilih bank 


isikan email address dan klik agree and continue


proceed bayaran terlebih dahulu baru result dan resit akan keluar.