Selasa, 11 Januari 2011

RAHSIA BENTUK GIGI



Bersaiz sederhana dan rata 

baik hati dan suka menolong. kirenye ringan tulanglah. Kalau minta bantuan, pasti tak dikecewakan. mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Untunglah dapat kawan/kekasih macam diorang.


Jarang dan kecil 
suka menilai diri orang lain. mesti ada je yang kena pada pandangan mata diorang. Tapi yang xbest ye diorang tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya. Selain itu, dia juga sukar mengalah.


Besar dan jarang 

bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, diorang ini sanggup buat apa saja demi memastikan apa yang diorang nak tu diperolehi.


Jongang dan kecil
diorang suke bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Bak Kata orang la…bukan aku ye wlpn keras tetapi ado gak lembut ye 


Jongang dan besar 

seorang yang mulut celupar mereka. Mereka  mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. 

Sikap itu ada positifnya kerana diorang senang memiliki kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang.


Kecil dan tersusun 
suka menolong orang dan boleh dipercayai apa yang diorang cakap. Beruntungnya kalau dapat kekasih macam ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat.

Tidak tersusun 
diorang ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. mereka juga pandai membahagiakan orang lain 


gigi Seolah masuk ke dalam 

menandakan diorang seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah die percaya

ni sekadar wat tatapan tuk korang je. jgn percaya sgt. kalau de yang sama just 1 kebetulan je...enjoy urself



5 ulasan: