Jumaat, 12 Ogos 2011

kuih hari ini: kuih lompang

nak lagi cantik bubuh kelapa parut di tengah2 kuih lompang



bahan- bahan
2 cawan tepung beras cap teratai
3 1/2 cawan air gula merah (suam)
1/2 sudu teh kapur sirih
(air dengan kapur sirih bancuh dan tapiskannya)
1/2 biji kelapa muda parut
1/2 sudu teh garam
(kelapa parut dengan gatram digaul rata)
1/2 air daun pandan untuk wangi ( kisarkan daun pandan dengan air dan tapis)

cara-cara
1. panaskan acuannya dalam kukusan.
2.bancuh tepung dengan air kapur
3.tuang air gula merah dan kacau rata.tuangkan air daun pandan sekali.
4.tapis adunan ke dalam jag
5.tuang aduanan tersebut ke acuan yang telah dipanaskan tadi.
6.kukus selama 20 minit. selepas masak buka tutup kukusan dan kukus 10 minit lagi.
6. sejukkan dan cungkil perlahan lahan.
7. tabur kelapa parut di atas kuih tadi.

3 ulasan:

Hanis MY berkata...

sedapnyaaaaaa suka sgt kuih ni, kalau takde kapur agak2 jadik tak?

Mardziah berkata...

same mcm kueh kaswi x?

miss osixnine berkata...

hanis: kalau xde kapur xsedp rase ye...macam xlengkp

mar:kuih kaswi pakai tepung gandum