Selasa, 10 September 2013

tip temuduga

SEBELUM

  • buat kajian mengenai syarikat dan jawatan yang dipohon
  • sediakan file temuduga. mesti ada resume terbaru dan sijil-sijil
  • gunakan file "clear folder" supaya senang nanti penemuduga melihat
  • pilih pakaian yang bersesuaian dan sopan
  • seeloknya pakai kasut yang bertutup agar nampak formal
  • tidur awal sehari sebelum temuduga agar esok hari temuduga berjalan lancar


SEMASA

  • sampai di tempat temuduga 1/2 jam awal
  • pergi tandas dulu untuk rapikan diri
  • sampai sahaja di tempat temuduga pastikan handphone buat "silent mode"
  • elakkan duduk silang kaki
  • berjabat tangan dengan temuduga dengan berkeyakinan
  • bertindak mengikut arahan. jika disuruh duduk baru duduk. diajukan soalan baru jawab
  • jawab soalan dengan yakin bukan tergagap-gagap
  • jangan bercakap terlalu laju atau perlahan
  • fahamkan konteks kerja, tanggungjawab dan pakej yang kita ada untuk kaitkan soalan yang diaju
  • paling penting jawab soalan dengan jujur


SELEPAS

  • habis temuduga ucap terima kasih
  • jika terdapat sesi kedua catitkan
  • jangan lupa tinggalkan no.tel. alamat @ email yang terbaru untuk senang dihubungi
  • tinggalkan resume yang terbaru
  • berjalan keluar dengan penuh keyakinan


Tiada ulasan: